Yen melonjak naik apabila pengumuman kejutan kenaikan tarif oleh Trumph.

Yen melonjak naik berbanding Dolar setelah Presiden Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif lagi sebanyak 10% ke atas barangan import dari China melalui tweetnya setelah tiada perkembangan yang dibuat oleh China bagi menyelesaikan perbincangan perdagangan antara nereka.

Pengumuman ini dibuat selepas dengan rasminya tiada progress bagi perbincangan tawaran perdagangan pada minggu ini dari Washington dan Beijing.

Tambahan pula China tidak membeli barangan pertanian dari US seperti yang dimaklumkan sebelum ini memberi pengukuhan lagi buat Donald Trump bagi tindakan beliau.

Hal ini telah membuatkan asset ‘safe haven’ seperti Yen dan Gold menguat apabila pasaran mencari asset yang lebih selamat dan kurang risiko dan ini juga ditambah pula dengan kelembapan stok global di pasaran.

Sementara itu, GBP / USD turun 0.3% selepas Bank of England terus menaikkan harga. Bank mengundi sebulat suara untuk mengekalkan kadar pada 0.75%, seperti yang dijangkakan, tetapi diturunkan unjuran bagi pertumbuhan untuk dua tahun akan datang.

BoE tidak memberi amaran terhadap senario Brexit yang tiada perjanjian, tetapi mengatakan bahawa “syarikat menjangkakan output, pekerjaan dan pelaburan akan menjadi jauh lebih rendah dalam Brexit yang tiada perjanjian.”

Written by 

Miera Chin merupakan forex trader dan juga admin bagi website roadtoftt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *