Yen masih menjadi tarikan bagi permintaan pelabur sebagai aset selamat.



Yen melonjak naik lagi hari ini apabila pelabur lebih menumpu pada asset yang lebih selamat. Malah, ketegangan yang berlaku antara Washington dan Beijing apabila President Donald Trump mengenakan 10% tarif ke atas 300 dolar billion atas barangan import China yang dikuatkusakan pada 1 Sept ini turut menjadi punca.

Dalam masa sama, peningkatan protes di Hong Kong juga melemahkan sentimen pelabur. Carrie Lam, ketua eksekutif Hong Kong, mengatakan protes yang bermula pada awal bulan Jun telah meletakkan bandar itu dalam keadaan “sangat berbahaya.”

Persidangan akhbar itu datang selepas hujung minggu yang sengit antara pasukan polis dan penunjuk perasaan di beberapa daerah di bandaraya, yang mengakibatkan gas pemedih mata terpaksa disasarkan.

Sementara itu, dolar A.S. turun kepada paras terendah selama tujuh bulan berbanding Yen yang selamat selepas data menunjukkan bahawa pertumbuhan pekerjaan A.S. melambat pada bulan Julai, yang menggariskan kes bagi Fed untuk mengurangkan kadar sekali lagi pada bulan September.

Data buruh meningkat sebanyak 164,000 pekerjaan pada bulan Julai, kurang daripada bulan sebelumnya, dan upah meningkat dengan sederhana, kata Jabatan Buruh.

Written by 

Miera Chin merupakan forex trader dan juga admin bagi website roadtoftt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *