Trader Vs Investor

Pelabur melawan pedagang, apa beza utama pelabur dan pedagang? Sebenarnya ini banyak beza yang bagi kesan kepada kenapa 95% trader lost dan kenapa 5% sahaja yang berjaya.

MINDA TRADER

Minda Trader ialah minda yang fokus kepada 1 = 1. Ini bermaksud ialah buat 1 kerja akan terus dapat ganjaran. Minda ini jenis minda transactional, jenis aktiviti iaitu buat kerja terus dapat habuan.

Ini juga minda pekerja, saya tidak katakan bekerja itu salah, tapi itu konsep atau cara hubungan antara kerja dan gaji. Sebagai contoh, kerja untuk 20 hari sebulan dan dapat RM3000 sebagai contoh.

Jadi apa berlaku ialah mereka ini berada dalam keadaaan certainty ini bermaksud ialah nak benda yang pasti. Manakala Forex pula aktiviti yang penuh uncertainty, ketidakpastian hasil, halatuju market dan macam-macam lagi.

Ini jelas berlaku apabila melakukan trading dengan gaya berfikir seperti ini.

“Aku perlukan 1000usd sebulan, jadi aku mesti dapatkan 50usd sehari, kalau kalikan dengan 20 hari trading, akan capai target aku!”

“Aku baru dapat 20usd je hari ini, kena trade lagi, kalau tak tak capai target!”

Ini sebenarnya fikiran yang mesti trader kena jelas jangan dipraktikkan kerana ini membawa kepada masalah emosi dan hasil yang teruk dalam trading nanti.

MINDA INVESTOR

Minda Investor atau minda pelabur mereka fikirkan jangkamasa panjang, ini berfikir gaya transformational. Maksud mudah ialah melihat sesuatu jangkamasa panjang dan implikasi berlaku ialah akan memberi impak besar.

Berfikir gaya ‘bigger timeframe’ sangat penting dalam trading, ini kerana apabila fokuskan sebagai contoh target 100% setahun jauh akan membantu daripada 100% sebulan, apatah lagi banyak trader dimomokkan dengan 100% seminggu, malah sehari!

Saya tidak mengatakan fokus kepada risiko kecil semata, tapi fokuskan kepada bina satu akaun yang boleh memacu anda ke arah financial freedom.

Akaun financial freedom ini cukup pulangan 25% sahaja, potensi dalam Forex untuk 100% setahun adalah sangat mudah, apatah lagi 25%!.

Minda pelabur mereka tidak fokus pulangan setiap bulan, mereka fokus kepada jangkamasa panjang (bigger timeframe!).

Ini dibuktikan oleh research oleh Prof Banfield pada zaman John F Kennedy dulu bagaimana untuk naikkan ekonomi Amerika, kunci ialah “Time Perspective”

Kajian ini mendapati mereka yang berfikir jangkamasa panjang, lebih jauh berjaya dari segi kejayaan, hubungan dan status hidup berbanding orang yang berfikir jangkamasa pendek.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *