Tabung Financial Freedom

Saya mulakan Forex ini kerana salah satu sebab ialah fokus kepada plan jangkamasa panjang saya iaitu financial freedom. Ia bermaksud;

Buat Apa Sahaja, Di Mana Sahaja, Bila-Bila Masa Tanpa Risaukan Masalah Kewangan

Iya, itu definisi saya, begitu juga anda apa definisi kejayaan atau matlamat anda cari.

MULA DENGAN SAVING

Tak semua orang yang ada privilage, maksud saya anak orang kaya, atau memang kaya sebab usaha dan dapat segera atau apa apa yang membuatkan ada lebihan duit.

Saya kategori orang yang bermula daripada terlalu bawah, Lower Income kepada Middle Income.

Ini sebenarnya beri cara berbeza dalam mencapai financial freedom. Golongan middle class mestilah buat priority dalam perbelanjaan. Jika mahu buat itu, kena berhenti yang ini. Macam itulah.

Jadi saving amat mainkan peranan yang amat-amat penting. Dan saving inilah sebagai assurance kita jangkamasa panjang.

INVEST

Mesti laburkan, tak boleh saving semata, dan pelaburan yang perlu target hanya sekitar 25% setahun sudah cukup dalam tempoh 20 tahun akan capai Financial Freedom.

Lama pulak kan bila baca 20 tahun! sebenarnya bergantung pada saving anda. Lagi besar, lagi cepat!

Forex ialah salah satu tempat bagi saya yang selamat untuk dapat 25% setahun, ini saya buktikan dalam live trading harian di youtube saya. Dan cabaran ini saya buat saving & invest secara live sehingga tahun 2025.

RE-INVEST

Laburkan semula, apa yang dah dapat mesti laburkan semula, ini lah kuasa compounding.

Einstein selalu katakan ini merupakan keajaiban ke 8 dalam dunia.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *