Patut Biar Float Atau Cut Loss

Dalam trading tak boleh elak untuk tidak floating sebenarnya. Ini perkara yang paling penting kena terima. Saya sebenarnya agak hairan kerana kebanyakan trader berfikir dan cari cara sebanyak mungkin supaya entri zero float.

Saya percaya ia boleh berlaku, tapi ia sepatutnya ialah mesti ada kefahaman yang anda setiap kali trading tetap terdedah kepada 50/50 probability.

Saya lebih suka tekankan cara exit berbanding entry, untuk orang yang baru sudah tentu penting untuk entry dulu. Tapi bila anda sudah experience trader, anda akan faham sebenarnya kadang anda akan terlepas pandang bab entry tambah-tambah anda tidak fokuskan kepada konsep Risk Reward Ratio yang ketat.

BIAR FLOATING

Biasanya ini dalam pengalaman saya, biar floating ini sebenarnya agak berisiko, kecuali anda ada kefahaman jelas contohnya fokus kepada minimal loss atau tutup bila net profit sepenuhnya.

Floating ini senang untuk anda cover bila market sideway tambah-tambah pada weekly zone dan monthly zone. Tetapi akan menjadi sangat bahaya bila trending berlaku.

CUT LOSS

Melibatkan kefahaman yang berterusan mengenai hal ini, maksudnya ialah anda kena sedia CUT LOSS bila ia hampir makan modal yang anda masukkan.

Konsep utama dalam trading ialah jangan loss dulu. Ini paling penting, dan bila anda sudah biasa tidak loss anda akan jelas macam mana untuk buat profit, dan barulah cerita untuk banyakkan lagi profit.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *