Mula Forex Dengan Candlestick Chart

Forex Trading banyak cara nak mulakan, anda boleh mulakan dengan secara technical analysis atau fundamental analysis.

Jika anda baru sahaja jumpa saya, saya banyak fokuskan kepada technical analysis sebahagian besar berbanding fundamental analysis. Sebenarnya tiada salah atau betul mana anda patut fokus. Ia semata mesti kena dengan diri anda sendiri.

Sebagai contoh mungkin anda jenis berfikir gaya fundamental khususnya, anda suka ambil tahu hal negara, kenapa sesuatu perkara itu dibuat keputusan sedemikian, dan suka membuat analisa berdasarkan sifat sifat indikasi ekonomi, elemen yang ambil alih dan sebagainya, ini akan memberi lebih keselesaan pada anda.

Saya pula sebagai contoh saya mempunyai banyak skil dalam pengiraan algoritma, cara berfikir jenis teknikal dan strategi berdasarkan pengalaman saya dalam Kadet semasa di sekolah, minat mendalam dalam programming, suka kira dalam bentuk analogi logik, sudah tentu saya lebih tendency kepada teknikal.

Sebenarnya tiada salah atau betul, mana satu perlu fokus, anda boleh fokus pada technical analysis atau fundamental analysis. Atau anda mahu gabungkan kedua-duanya sekali.

Jenis-jenis Chart

Terdapat 3 jenis chart dalam Forex Trading iaitu Line Chart, Bar Chart , dan Candlestick Chart. Saya banyak fokuskan kepada Candlestick Chart kerana banyak rahsia dan saikologi dalam Candlestick Chart itu sendiri.

Dengan Candlestick Chart, anda akan dapat banyak maklumat seperti:

  1. Uptrend
  2. Downtrend
  3. Kekuatan Trend
  4. Supply
  5. Demand
  6. Support
  7. Resistant
  8. Signal Trend
  9. Zon Entri
  10. Zon Exit.

Banyak lagi sebenarnya, tapi itu antara yang utama. Untuk artikel ini saya fokuskan kepada anda kenal candlestick chart itu apa dahulu dan palig penting tahu secara lengkap mengenai anatomi candlestick itu sendiri.

Lihat dalam gambarajah di atas, anda boleh perhatikan apabila saya halakan cursor ke arah candlestick bear atau candlestick bull, anda akan dapat maklumat seperti time, high, low, close, open, volume.

Semua maklumat ini merupakan maklumat penting dan akan dibincangkan dalam penjelasan yang lebih lengkap mengenai anatomi candlestick ini.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *