Macam Mana Untuk Tidak Emosi Dalam Trading

Satu persoalan yang saya kira amat penting terutamanya mereka yang baru dalam trading, malah sebahagian besar sudah bertahun-tahun lamanya pun masih sangkut dalam trading.

Untuk tidak emosi dalam trading pada apa saya perhatikan dan maklumat daripada kajiselidik saya buat ialah ramai sebenarnya emosi sebab MODAL.

MODAL UNTUK LEBUR

Modal untuk lebur ialah modal yang anda masukkan ke dalam Forex Trading, dan bila lebur anda tiada apa apa emosi berlaku pada anda. Ini ialah modal untuk lebur.

Sebab itu berfikir gaya jenis transactional sebenarnya tidak membantu anda, apa saya maksudkan sebagai transactional ialah anda masuk posisi anda mesti dapat hasil dari bentuk kewangan khususnya.

Ini gaya konsep retail, atau bekerja dengan buat perkara A akan dapat hasil A. Buat perkara B akan dapat hasil B.

Jadi poin utama ialah modal yang dimasukkan mesti anda mempunyai satu kefahaman, kalau loss anda tidak akan rasa apa apa. Sebab itu saya selalu kongsikan dalam live youtube saya selalu tekankan iaitu sebenarnya apa yang anda kena terima hakikat financial market ialah permainan orang kaya.

PELABURAN TAHUNAN BUKAN BULANAN ATAU HARIAN.

Ini sebenarnya agak ramai tidak setuju apa saya sampaikan, dimana trading ini mesti lihat bigger timeframe, mesti lihat jangkamasa panjang.

Ini kerana dalam jangkamasa panjang sahaja anda boleh sebenarnya lebih normal dari biasa. Dalam Forex Trading sebenarnya mudah sahaja untuk dapat 100% setahun, dan kalau setakat 30% setahun itu dalam tangan sebenarnya.

Apa yang gagalkan ialah cuba dapatkan maksimum setiap bulan, dengan alasan perlu duit untuk digunakan seperti bayar hutang, bayar expenses bulanan dan lain lain lagi.

MODAL BESAR BUKAN MODAL KECIL.

Ini antara benda underprivilaged bagi kebanyakan trader khususnya termasuk saya sendiri. Iaitu bermula dengan modal kecil. Sebab itu jika dapat 10% sebulan pun tidak terasa besar kerana 10% daripada 100usd ialah 10usd. Akan rasa penat dan rasa buang masa.

Jadi perkara paling penting untuk anda faham ialah anda mesti jelas dalam trading ini yang buat anda jadi tak tentu hala juga ialah jumlah modal. Ini kerana bila modal besar, anda akan dapati 10% daripada modal akan jadi besar nilai duitnya, manakala jika modal kecil anda akan rasa terlalu kecil dan tidak berbaloi ini kerana anda pandang pada return duit.

Jadi macam mana nak ada modal besar, dua cara sahaja, iaitu sama ada anda buat kerja lebih atau mula menyimpan, iya menyimpan!

Dan jangan sesekali pinjam duit orang lain untuk mulakan trading, atau jalankan trading.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *