Kenapa JPY Menguat

Terbaru kalau anda lihat JPY mempunya kekuatan yang luar biasa, sebenarnya ini perkara normal, anda rasa luar biasa kerana mungkin anda tidak pernah lihat perkara ini berlaku.

Daripada High sebelum ini sekarang Low semasa ia sudah mencapai hampir 1000pips, dan kalau anda lihat Bearish sebelum ini ialah pergi sehingga 1800pips.

Dari segi Teknikal anda boleh jelas ini ialah Break pada Weekly dan Monthly selepas sideway yang panjang sebelum ini bermain di MA Mirror.

RISK AVERSION & SAFE HEAVEN DEMAND

Risk Aversion bermaksud ialah memilih risiko paling rendah berbanding risiko yang lain. Keadaan politik dan ekonomi di US sebenarnya amat mencabar, dengan melihat sikap Trump yang amat agresif menggunakan strategi perniagaan dengan China mencetuskan Trade War dan Currency War.

Trump bukan sahaja libatkan China, tetapi tiada siapa sangka Mexico juga dikenakan Tarif atas alasan mereka kena hentikan pendatang Mexico ke negara mereka.

Ini memberi keyakinan kurang kepada pelabur di US. Jadi apa berlaku ialah Pelabur melakukan Risk Aversion dan Risk Off. Mereka menukarkan kepada tunai dan juga membeli matawang yang lebih selamat antaranya ialah JPY itu sendiri.

Ini secara tak langsung membawa lebih banyak wang dari pelabur ke Jepun itu sendiri, ini amat kena dengan konsep Abenomics.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *