Goal Setting Forex Trader

Saya sentuh bab goal setting kerana ia amat penting, ini kerana goal setting ini sebenarnya ialah setting mind anda sepenuhnya. Fikiran kalau tak dijaga, ia ibarat ‘liar’, ia akan berjalan mana ia suka. Tapi kalau selalu dijinakkan ia akan benar-benar membantu anda, kerana fikiran ini luarbiasa tindakannya.

APA MATLAMAT TRADING?

Matlamat trading apa sebenarnya. Matlamat trading saya sebagai contoh ialah untuk mencapai Financial Freedom. Itu matlamat saya, ada lagi beberapa, tapi dalam konteks forex trading sudah tentu mainly mengenai kewangan khususnya.

Itu matlamat, dan bila matlamat tersebut untuk capai? saya target sebenarnya amat panjang, 20 tahun akan datang, tapi masa sama saya akan fokuskan kepada tahun ke tahun, 5 tahun dulu dan seterusnya.

Jadi komitmen yang mesti saya buat ialah menabung, simpan, dan invest dalam forex trading dan reinvest kembali dalam bentuk compounding.

Ini kunci saya dalam tindakan.

APA TINDAKAN HARIAN?

Tindakan harian yang anda kena buat, bawa ke bulan, bawa ke tahun. Apa tindakan yang anda mesti utamakan?

Jadi bila ada matlamat, kena ada tindakan, dan tindakan itu mestilah harian bawa kepada arah tersebut.

CONTOH TINDAKAN

Anda boleh membaca atau lihat video berkaitan forex trading selama 60 minit sehari. Dan invest ke kelas atau seminar yang lebih tinggi nilai ilmu.

Ini amat penting kerana;

Apa hasil anda hari ini ialah bergantung kepada pengetahuan anda tahu. Jadi mesti belajar.

Contoh lagi ialah anda buat backtest selamat 30 minit setiap hari untuk tingkatkan kefahaman, gunakan simulator dan sebagainya.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *