GBPUSD 10-15 June 2019

GBPUSD saya melihat dari segi teknikal, ia dalam ranging Daily. Dari segi set up pada BBmastery saya melihat masih lagi bias downtrend berdasarkan juga Candlestick Trend pada Weekly.

Bollinger Band sedang squeeze Black Line pada Daily ini memberi gambaran berlaku entry sell pada Weekly.

FUNDAMENTAL VIEW

Dari segi fundamental, walaupun Theresa May telah meletakkan jawatan, tetapi masih lagi memegang jawatan Prime Minister UK buat sementara berikut belum ada pemilihan Prime Minister baru.

Jadi buat masa ini kekuatan volatility GBP amat bergantung kepada news terdekat pada Isnin dan Selasa ini.

TARIKH PENTING

23 Julai merupakan tarikh utama untuk mengumumkan calon untuk PM oleh Parti Conservative dengan kemungkinan calon utama Boris Johnson yang sangat terkenal dengan Brexiteer. (Mahu UK keluar dari EU).

31 Oktober ialah jadual UK akan meninggalkan kesatuan Euro.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

2 thoughts on “GBPUSD 10-15 June 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *