Cara Mulakan Forex Bagi Newbie

Trading bagi saya perkara yang amat memberi makna. Mana tidaknya berbanding dengan terpaksa kerja tulang 4 kerat, dan ambil masa tenaga yang lebih banyak seperti bekerja sepenuh masa atau separuh masa, atau membuka kedai secara fizikal, atau membuat perniagaan online terpaksa melayan pelbagai karenah yang memeningkan kepala.

Dapatkan Mentor

Mentor sebenarnya main peranan penting, sebagaimana saya sendiri dulu dimentor oleh mentor saya beberapa tahun. Ini bermaksud mentor ialah orang yang anda boleh harapkan untuk jangkamasa panjang, dan bila-bila masa ada masalah anda boleh rujuk semula.

Sebab itu saya sendiri sekarang membantu hampir setiap hari di Channel Youtube dengan cara buat live trading dan live streaming supaya anda boleh berkomunikasi, belajar dan faham serta membuat profit dalam jangkamasa panjang.

Mentor ada pelbagai jenis mentor, bukan sahaja semata teknika yang dibawa oleh beliau, tetapi apakah cara berfikir yang mereka bawa.

Cara berfikir ini meliputi bahagian contextual dan bukan content-based semata. Apa saya maksudkan ialah memahami beberapa konsep khususnya dalam membina strategi trading, money management dan juga state of mind.

Mahir dan fokus teknik

Ini perkara penting sebenarnya, tambah-tambah ada pelbagai teknik dan strategi luar sana. Dan ini turut mengelirukan apabila ada teknik yang claim lebih cepat buat duit daripada yang lain.

Teknik yang anda fokus mestilah mempunyai trading plan yang lengkap. Trading plan bermaksud anda jelas macam mana nak lihat trend, entry zone, & exit zone.

Formula #1

Formula #1 ini saya mula kongsikan pada subscriber saya di youtube pada tahun lepas.

Saya dapati ramai yang keliru terutamanya;

  1. Mana satu timeframe nak ikut.
  2. Pair mana nak fokus.
  3. Set up atau trading plan mana nak tekankan.
  4. Masa bila sesuai nak trading.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, anda mestilah fokus pada 1 timeframe, 1 pair, 1 set up , 1 masa yang sama untuk trading.

Masa saya maksudkan bukan masa market buka atau tutup. Saya maksudkan masa anda sendiri.

Tidak kira pukul berapa anda trading, fokuskan jangkamasa sama setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan. Paling baik ialah hingga 12 bulan.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

One thought on “Cara Mulakan Forex Bagi Newbie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *