Berapa Modal Nak Mulakan Forex?

Modal amat main peranan penting dalam Forex Trading, ini kerana Modal yang sebenarnya punca kepada segala jenis emosi trader hadapi mengikut pemerhatian dan kajian saya dengan trader yang sedia ada ikut saya.

Modal Forex sebenarnya ialah mesti maksimum, ini kerana lagi besar modal anda, lagi rendah risiko anda boleh uruskan. Contohnya 10% daripada 100,000usd sangat berbeza dengan 10% daripada 1000usd.

Ramai trader mati kerana modal, ini kerana modal kecil mahu dapat pulangan tinggi. Saya tak salahkan mereka, ini kerana dah tentu rasa penat kalau trading 10% daripada 100usd sebulan, berapa duit anda dapat? 10usd? Tak ke penat trading 20 hari sebulan dan dapat 10usd.

PERANGKAP

Sebenar ini perangkap utama, sebabnya ialah perspektif trader itu sendiri yang nampak arah DUIT USD dan bukannya % yang mereka dapat.

Bayangkan ASB sendiri pun hanya sekitar 8% setahun secara purata.

MODAL MULA

Untuk fasa pertama untuk mula Forex Trading, cukup berapa yang anda sanggup lebur dulu. Maksudnya kalau anda ada 1000USD anda masukkan ke Forex, dan hilang 1000usd itu, anda tak rasa apa apa dari segi emosi dan tidak memberi impak tinggi pada kehidupan seharian anda.

Poin utama dalam memulakan Forex Trading ialah anda mesti gunakan REAL ACCOUNT, ini kerana ia berbeza dengan demo account.

Mulakan dengan risiko paling rendah, dengan gunakan volume paling rendah dalam MT4 anda.

Written by 

Coach Gero merupakan Forex Trader sejak 2007 hingga sekarang dan telah membantu berpuluh ribu trader melalui online offline seminar produk dan servis yang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *