skip to Main Content
3 Dosa Besar Buat Kau Jahanam Dalam Forex

3 Dosa Besar Buat Kau Jahanam Dalam Forex

Sikit sebanyak apa aku belajar sepanjang pengalaman aku dah nak masuk 12 tahun dalam Forex dan lalui zaman gelap 3 – 4 tahun pertama.

Aku dapati ada 3 DOSA BESAR DALAM FOREX sepanjang aku betul-betul start jadi fulltime educator dalam forex awal 2017 baru nie..

TERLALU BANYAK BELAJAR.

Benda nie aku sendiri alami, malah aku dapati ramai jugak pening bab nie. Kononnya dah belajar banyak akan tahu banyak dan konon profit banyak.

Apa berlaku ialah makin pening, tak tahu mana nak pegang, 1 teknik cakap downtrend 1 teknik cakap uptrend, 1 indicator cakap turun, 1 indicator cakap naik.

TERLALU KEJAR TARGET.. (HARIAN, BULANAN)

Ini benda normal, malah aku rasa ini salah satu benda tak boleh nak bendung sampai sekarang. Buat forex konon nak macam kejar buat sales jual barang atau servis.

Ini market la lahabau.. den nak khoba sikitt. Kononnya selagi tak capai target, selagi tu nak trade sampai mampus.

TAK FIKIR JANGKAMASA PANJANG.

Fokus forex ialah wealth creation. Bila sebut wealth creation ialah..

  1. Bermula dari saving, invest, reinvest dan capai critical mass.
  2. Trade tahun nie untuk makan setahun depan.

Jadi maksudnya ialah kena ada income atau sumber lain la.

APA BODOH KAU NIE COACH.

Takdelah bodoh biul sangat, tapi point aku ialah, kau kena establishkan security capital kau dulu. Ini bapak penting.

Kau nak Full Margin ke, Depo 10usd buat 80 juta dolar sebulan ke, kau punya pasal. Tapi kau pun jangan jadi bodoh, 2-3 bulan trade kaya nak mampus, lepas tu kena sekali, hancur kau trade sebelum ni.

JADI PASTU TU CANNEE?

  1. Start saving dulu, capital main peranan penting. Aku tahu ada Masta cakap aku bangang kata capital nie tak penting, depo kecik sudah, lantak hang lah.
  2. Fikir return per year berbanding bulanan atau harian..

many people overestimate what can they do in 1 year, but underestimate what they can do in 10 years.

Ini quote dari Warren Buffer, Bill Gates dan lain lain ternama.

Fikir long term lahanatt… bukan jutawan segera mee segera.

3. Bina COMPETENCY. Maksudnya ialah cuba kau stick pada satu trading plan je dulu, buat satu persatu, fokus satu persatu, trade satu persatu.

Fahami risk management, risk reward, konsep single timeframe, multi-timeframe.

Jangan terus nak jadi hebat..

Mungkin kau cuba banyak kali, sampai 18 kali..

tapi kau tak tahu kali ke 19 kau menjadi jadi..

Syarat kau focus 1 benda sama untuk jangkamasa lama.

#roadtoftt

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top