
Apa yang buat kita berjaya dan tak berjaya dalam Forex Trading sebenarnya ialah kita tak jelas apa kita boleh kawal dan tak boleh kawal.
Antara contoh,
Ramai trader nak kawal price ikut dia, nak kawal spread, nak kawal market kononnya. Sedangkan itu semua benda tak boleh kawal. Jangan cuba kawal benda kita tak boleh kawal.
so apa kita kena buat ialah kawal apa kita boleh kawal. Dan apa kita boleh kawal ialah diri kita sendiri sahaja. Dan paling spesifik ialah kawal pengurusan kita..
“ehh coach, saya diri sendiri tak boleh kawal coach? Saya takleh kawal emosi, saya takleh kawak tangan saya suka layer masuk tak tentu pasal.. .Camne pulak tu ehh Coach?”
haha, itu soalan sering keluar bila saya keluarkan penyataan macam di atas. Kawal apa kita boleh kawal, dan jangan sesekali kita kawal benda kita tak boleh kawal.
So apa cer sebenarnya nie Coach?
1. Dalam trading ini bukan teknik semata, bukan isu fundamental, bukan isu pilih broker itu ini. Isu sekarang ini ialah kita kena jelas ialah awareness pada pengurusan itu sendiri.
2. Untuk upgrade kita pada next level dari tak konsisten ke konsisten, kita mesti fokus pada apa yang orang yang dah berjaya buat.
3. Maksudnya kadang kita kena pandai tukar approach terhadap trading, kalau tak sampai sudah kita duk sembah ilmu teknik babi terbang ke langit biru. Sifu yang ajar pun hidup macam tu jugak dari dulu sampai sekarang.
4. Learn dan bijakkan diri sendiri, buat perkara betul dari awal dan pastikan ada perubah hidup yang boleh di measure dan realistik gais.
This Post Has 0 Comments