skip to Main Content

Salah satu benda saya sangat bersyukur dalam hidup ialah jumpa dengan pasaran kewangan. Dan ia exposekan saya dalam pelbagai perkara terutamanya dari segi jadi ‘lebih baik’ dari segenap segi. 

Nak jadi berjaya dalam trading dan investing..

1. Kena mula jujur – kena belajar jujur dengan sejujurnya kita nie berada tahap mana, dan jujur yang kita boleh buat takat mana dengan ilmu yang kita ada. Kata Ray Dalio the most important part dalam nak jadi trader berjaya ialah ‘hyper truth’ . 

2. Kena bersikap berlapang dada – ini bermaksud ialah accept loss dan tidak tertekan dan juga bila profit juga tidak rasa besar kepala sangat. Jadi berlapang dada sahaja. 

3. Kena jadi realistik – ini bermaksud ialah gunakan benchmarking yang betul dalam industry, tak perlu melampau dalam dapatkan return, sesuaikan dengan strategi yang betul. Tak salah 50usd jadi 5000usd. Tapi salah ialah bila itu sahaja strategi ada, tak ada konsep asset allocation, asset diversification, tiada jenis akaun utama untuk jadikan security capital dan sebagainya. 

4. Kena rajin kira matematik – tak boleh ambil sambil lewa, kena kira berapa kita mampu kena stop loss, berapa duit kita ada dan layer serta lot sizing kita gunakan. Ini kerana survival amat bergantung pada perhitungan matematik selain dari mencari teknik super power confirm biru kerat jari kawan sebelah pun. 

5. Kena bersikap long term – market ini ada up and down. masa up kita kutip betul-betul, masa down kita survive maksimum apa kita boleh buat. Kena pandai tengok long term. 

“many people overestimate what they can do in one year, but under estimate what they can do in one decade (10 years)” 

All the best!

P/S: Bagi yang nak join grup bimbingan saya dan tim trainer saya, join grup ini sementara masih percuma –>  

https://t.me/+ub4cHG_MJ38yMmZl

#roadtoftt

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *