
Back To Basic
Saya mula Forex akhir 2016, dan amat struggle sehingga 3 tahun kemudian. Sampai masa saya memang dah give up pun. Teringat lagi pada bulan 5 tahun 2010 saya berhenti dan dekat 3 bulan juga saya stop sampailah saya ternampak computer desktop HP saya memanggil-manggil suruh buka semula.
Saya buka dan renungkan balik,
“aku dah tahu semua aku patut tahu”
“aku pernah buat duit pun, kenapa aku keep loosing money”
“sayang ilmu aku dah belajar apply bertahun-tahun’.
Sejak hari tu, saya trade guna balance apa yang ada. iaitu lebih kurang dalam 64usd, masuk 0.01 pada akaun exness, lepas tu trade tanpa perasaan.
- Trade hanya bila h1 h4 d1 searah guna stoch gila.
- Trade hanya 0.01 (sebab itu je duit ada pun) lepas tu hold BE (alihkan stop loss pada profit).
- Tutup bila sampai support resistant Bollinger Band 200.
ntah macam mana, ulang benda sama, bulan demi bulan akaun grow. 64 jadi 70, jadi 100, jadi 120, jadi 150.. memang ambil masa berbulan sebenarnya. Tapi akhirnya saya realise.. Isu saya ialah bukan tak boleh trade, tapi isu lot sizing tak kena dengan akaun.
Baru sedar money management, risk management itu key dia..
So gais! please back to basic!
=================
Langkah Back to Basic
- Sebelum trading tu semak je semua timeframe dari monthly ke h1 sekurang-kurangnya. Perhatikan juga semua possible pair, correlation pair, gold, index US dan lain-lain. Ini untuk pastikan anda dapat gambaran teknikal analysis untuk semua keadaan.
- Semak juga di investing.com / forexfactory.com untuk kenalpasti apa situasi terkini pada USD, pada GOLD. pada world global economy dan kaitkan dengan apa posisi anda sedia ada atau terbaru nak ambil. Ini untuk kurangkan risiko floating yang terlampau jauh.
- Sedia dengan minda terbuka, trading nie kita nak net profit, bukan win all the time, ada time kena cut loss kena cut loss, trade balik, boleh dapat balik sebenarnya. Kena pandai dan faham, ada time market tak ikut kita, kadang market ikut kita. 50/50 walau kita ada hebat mana pun teknik probability gaban pun.
- Balik pada mentor dan komuniti yang anda selesa, boleh pegang dan bimbing anda. Ini untuk pastikan motivation dan momentum trading anda berjalan. Anda akan dapat idea, inspirasi malah aspirasikan orang lain masa ama.
All the best!
Always Back to Basic!
This Post Has 0 Comments