Skip to content

KAU DAH SESAT

Saya ke Golden Temple, Amritsar India 2 kali sebenarnya. Tempat ini tempat penganut agama Singh.

Saya sangat respect suasana disini, sangat bersih, pengikut yang memberi makanan percuma pada semua orang terutamanya orang miskin.

Dan saya tak berapa berani nak tunjuk perjalanan saya macam-macam luar negara.

Seringkali saya dituduh SESAT!

Ini yang terjadi..

1. Bila kita buat benda yang kita buat dan orang tak faham, kita sama sama dituduh sesat.

2. Saya trade forex, kena hentam tak sedar ke kaya raya tapi duit haram bagi makan anak bini.

3. Saya tegaskan ialah saya bukan sembah forex, saya technical trader, saya fundamental trader, saya trade financial market, saya trade gold, bursa, crypto.

4. Tapi saya terus dikatakan sesat dan terus menyesatkan ramai orang.

Ini lumrah kehidupan.

Kita sendiri kena aware apa kita buat, dan tak boleh biarkan culture atau orang taksub tertentu untuk katakan pada kita.

Ilmu ini luas, dan kita diberikan akal berpandukan Alquran dan Hadis sebagai panduan.

Dan kita diberikan juga panduan oleh Ulamak masa sama, tapi kita jangan terlalu letak semua benda pada orang lain untuk panduan pada diri kita.

Kita sendiri kena rajin untuk usaha, study, research, dan juga cari kebenaran berpandukan semua parameter dan variable kita ada.

BAGI YANG BARU

1. Tak perlulah tanya saya isu Halal atau Haram Forex ini, saya dalam bidang ini 14 tahun, dan tentu saya yakin ia halal. Dan saya tak menyangkal juga ada sebahagian tidak setuju apa saya bagitahu ini atas dasar kajian, data saya .

2. Jangan jadikan Forex ini sebagai tempat selesai masalah segera atau tempat nak jadi kaya. Ini yang jadikan lebih teruk keadaan. Forex dijadikan platform penipuan, padahal tidak berkait secara langsung.

3. Jangan taksub Forex, saya apa saya tawarkan ialah analisa teknikal, analisa fundamental dari segi ekonomi dan syarikat. Jadi pilih instrument itu sendiri.

p/s: Kita saling tuduh dan menuding jari, saling tuduh siapa sesat, apa kata kita sama-sama kerjasama, buka minda, besarkan juga dada dengan ilmu dan kajian jangan terus menghukum siapa-siapa sesat secara melulu dan berterusan.

#roadtoftt

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *