skip to Main Content

Cara Nak Tentukan Arah Trend Dengan Hanya Chart Kosong (WAJIB HAFAL!)

Coach Gero memberi pencerahan berkenaan cara menentukan Arah Trend dengan hanya Chart Kosong

  1. Jenis Jenis Pattern
  • Reversal Pattern

– Berdasarkan gambar di atas kita dapat lihat bahawa pattern yang pertama iaitu Double Top mempunyai dua Up and Down Trend sebelum Entry bermaksud Chart akan naik dan turun dua kali sebelum penurunan yang di jangkakan. Seterusnya, Head and Shoulder Pattern bermaksud Trend mempunyai tiga Up and Down Trend sebelum penurunan yang dijangkakan. Selain itu, Trend Rising Wedge pula mempunyai Trend yang agak berbeza iaitu Trend yang menaik dan mempunyai banyak Up and Down Trend sebelum penurunan yang dijangkakan. Akhir sekali, tiga gambar yang di bawah iaitu Double Bottom, Inverse Head and Shoulder dan Falling Wedge kesemua Trend yang disebut sebentar tadi mempunyai Trend yang sama seperti di atas namun perbezaan hanyalah arah Trend bermaksud Trend akan menaik.

  • Continuation Pattern

–  Continuation Pattern mempunyai 3 jenis Pattern iaitu Falling Wedge, Bullish Rectangle, Bullish Pennant dan 3 jenis Pattern berlawanan arah iaitu Rising Wedge, Bearing Rectangle dan Bearish Pennant. Seperti yang kita boleh lihat,  3 Trend yang di atas itu adalah Indicator untuk buy. manakala, 3 yang di bawah itu adalah Indicator untuk Sell. Misalnya, Coach Gero memberi contoh 3 contoh trend yang dibawah. Bearish Rectangle boleh kelihatan sama seperti Rising Wedge di sesetengah chart. Namun, jika kita lihat secara teliti Rising wedge mempunyai bentuk yang lebih menaik dan keatas berbanding Bearish Rectangle. Oleh itu, kita harus melihat dan menilai dengan lebih teliti ini kerana kita dapat membuat kesilapan jika kita tidak teliti. Selain itu, Bearish Pennant mempunyai bentuk yang mengecil dan kebawah sebelum terjadi penurunan. Akhir sekali, 3 Trend contoh di atas pula mempunyai ciri ciri yang sama namun trend yang berbeza.

  • Bilateral Pattern

– Ascending Triangle ialah Tiga segi menaik, Decending Triangle bermaksud Tiga segi Menurun dan Symmetrical Triangle Bermaksud ia mempunyai dua bahagian yang tepat sama. Kenapa Bilateral mempunyai bentuk yang agak sama seperti Continuation Pattern? Coach Gero menerangkan bahawa Bilateral Pattern mempunyai cirinya yang tersendiri yang kita dapat lihat. Sebagai Contoh, Ascending Triangle mempunyai ciri dimana kita dapat membuat garis yang lurus di atas chart tersebut dan Decending Triangle mempunyai ciri dimana kita dapat membuat garis yang lurus dibawah chart. Lebih penting lagi, kita harus fahami bahawa Bilateral mempunyai ciri yang agak unik dan memeningkan iaitu Bilateral Pattern boleh menaik (BUY) atau turun (SELL) di setiap Pattern yang ada.

  • Dari penjelasan di atas Coach Gero menegaskan bahawa kita harus belajar dengan lebih mendalam dan fahami setiap Pattern yang ada bagi memudahkan kita untuk Analyst Chart dengan lebih yakin sebelum berdagang. Perkara seperti ini amatlah penting bagi setiap Trader untuk fahami.

 

 

Lihat Video Di Atas Untuk Memahami Setiap Pattern Dengan Lebih Teliti dan Qualiti

Subscribe Like Dan Share Video Kami Road To FTT Di Youtube Untuk Menjadi Trader Yang Lebih Mahir Bersama Coach Gero Jangan Lepaskan Peluang Anda!

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *