Topik ini antara topik penting yang patut trader semua bincangkan masa ke masa dan fahamkan. Iaitu topik di mana trend mula berakhir, reverse dan bermula.

Dalam kes trend ini sebenarnya apa yang kita mesti maklum ialah. Setiap timeframe ada trend sendiri. Ini bermaksud di M1 ada trend M1 itu sendiri dan H4 ada trend H4 itu sendiri, dan setiap timeframe ada trend tersendiri.

Ini ialah salah satu cara untuk lihat bagaimana trend, dan sebaiknya ialah lihat pada timeframe H4 ke atas sahaja. Ini kerana H4 ialah pengantara antara timeframe kecil dan timeframe besar. hi-low

Perhatikan jika ada paling high  untuk uptrend dan kemudian tiada high baru selepas itu, ini boleh dikatakan signal awal trend mula berakhir. Dan tunggu untuk ada tidak next high lebih tinggi dari high sebelum.

Tengok nombor yang saya tandakan di sebelah kiri atas, hi 1, kemudian hi 2, dah hi 3, perhatikan semakin lama hi semakin ke bawah, jadi ini bermakna tiada high baru terbentuk.

Dan konsep ini kita boleh applikasikan juga pada low paling rendah. Jika tiada low baru selepas low sebelumnya. ini konsep yang sama mengatakan signal awal trend sudah berakhir dan mula reverse. 

Kajian Kes USDCAD 13 Sept 2016

usdcad-hi-new

Kalau anda lihat pun sekarang, sekarang ada high 2 sedang retest high 1. Dan ini jelas salah satu konsep suppport & resistant yang boleh gunapakai.

Ada yang pernah komen dalam post saya sebelum ini mengatakan dah banyak buku beli dan baca tapi masih tak tahu mana satu support & resistant nak guna. Ini ialah antara yang baik.

Konsep mudah ialah price akan test previous high & previous low. Dan jika tidak dapat tembus beberapa kali itu ialah support atau resistant yang kuat.

Nanti dalam  post akan datang saya akan kongsikan lebih banyak realtime case masa ke masa. Stay tune & stay put!

PS: SILA SHARE/KOMEN LIKE SUPAYA SAYA TAHU RAMAI DAPAT MANFAAT DAN NAK TERUS BELAJAR.

Forex Trading Online perkara sudah lama sejak awal tahun 2000 lagi di seluruh dunia. Di Malaysia mula popular pada tahun 2006 dan awal 2007 khususnya selepas jatuhnya skim cepat kaya (High Yield Investment Program) di Malaysia.

Forex ini boleh dipelajari dan boleh dikuasai dengan syarat cukup ilmu dan pengalaman dalam urusan trading.

Cara untuk mulakaan forex ialah dengan cara.

  1. Dapatkan ilmu daripada orang yang telah dapat manfaat daripada Forex. Mereka mungkin orang yang trading Forex secara part-time atau fulltime. Anda boleh ikuti blog yang saya sentiasa tulis minggu ke minggu dan kadang setiap hari bergantung pada pasaran, atau laburkan pada mana-mana produk keluaran saya.
  2. Sentiasa berlatih dan praktis dengan risiko yang paling rendah sebelum masuk ke arena sebenar.

Buka Akaun Di Brokerage

Banyak broker di luar negara dan banyak juga broker di dalam negara, dan antara yang boleh dipercayai banyak sekali. Sekarang saya tidak perbincangkan secara mendalam, apakah jenis broker Market Maker atau tidak.

Apa yang jelas ialah jika anda mahu mulakan, boleh mulakan dengan broker yang saya gunakan iaitu Fx Premax Malaysia. 

Anda boleh daftar di http://fxpremaxmalaysia.com dan terus hubungi tim saya di +6010-2370011 (saif), +6010-2370055 (miera), atau +6010-3000805 untuk sebarang bantuan buka akaun, deposit dan withdrawal.