Saya seperti yang saya kongsikan yang lepas, saya banyak fokus pada USDCAD dan mengikut analisa ialah saya pilih sell position berbanding buy position walaupun banyak peluang. Dan saya telah tunggu berhari-hari daripada hari Isnin (saya ada short awal dan take profit awal) dan sekarang hari Khamis baru nampak kejatuhan yang lebih serius bagi USDCAD.

Banyak lagi pair lain yang bagi duit minggu ini seperti GBPUSD dengan sell position yang saya ambil.

Sabar Tunggu Set up

Ini antara sebab antara ramai yang jadi gagal ialah tunggu set up  yang berlaku. Sedangkan set up yang berlaku itu ibarat menunggu jerat mengena mangsa. Jadi biarkan sahaja sampai SOP untuk anda entri baru lah anda entri.

Kes USDCAD

Kalau melihat  kes USDCAD, set up yang saya tunggu ialah re-entri monthly pada line purple yang pertama.

bbma-stoch

Dan sabarlah tunggu sehingga kena, dan yang menari ialah 4 hari kemudian pada hari khamis baru betul-betul sampai, dan betul betul terjun dengan beratus pips dalam tangan.

Jadi ini lah yang kita mahu, sebagai trader kita mahu bukan sahaja USD tetapi yang patut anda mahu ialah kebebasan daripada forex itu sendiri. Bukan kita jadi hamba untuk lihat dalam dunia forex 24 jam.

Jadi kunci utama ialah sabar, sabar tunggu set up siap dan baru kita entri.

usdcad-sell

Dalam posting ini saya nak perkenalkan salah satu indicator yang saya guna sejak 2007. Iaitu stochastic, stochastic ini ialah gabungan dengan 3 stochastik yang berbeza nilai.

Dalam post akan datang saya akan kongsikan secara lebih lengkap, apa saya nak sampaikan disini ialah pastikan anda juga gunakan satu indicator window baru yang ada filter yang boleh bantu anda lebih efisien dalam trading.

Untuk kes stoch gila ini saya pastikan meter ke tiga-tiga stoch ini level 100 untuk saya masuk entri dengan lebih tepat dan selamat serta tidak floating yang banyak.

Jumpa dalam post akan datang.

 

Saya ada banyak soalan yang sering saya terima selain konsep Multi-timeframe ramai lagi yang masalah dengan penggunaan MM (Money Management) yang betul.

Banyak sahaja teori atau susur galur MM diluar sana, dan pelbagai cara dan strategi penggunaannya. Apa yang saya nak kongsikan kali ini ialah cara penggunaan MM yang baik mengikut strategi saya.

Apabila kita sebut Money Management, ia sebenarnya berkait dengan  TRADING PLAN  anda sendiri. Dan Trading Plan yang baik ialah mempunyai beberapa ciri berikut.

  1. Tahu TREND ke mana.
  2. Jelas Entri di mana
  3. Tahu letakkan Stop loss dimana.
  4. Jelas Take Profit mana.

Pertama ialah kena jelas ialah berapa sebenarnya kita sanggup rugi, ini bermaksud ialah berapa sekali kena Stop Loss berapa anda sangguh hilang.

Dalam trading mindset yang paling penting ialah kita kena accept loss. Ini kerana trading Forex ialah probability.

Jadi apabila kita faham ini, anda tidak akan balas dendam pada market jika lost, ini kerana anda tahu anda sudah ada statistik yang menyatakan win anda lebih tinggi daripada lost  mengikut perkiraan risk reward ratio  dan win lost ratio anda.

PENGURUSAN RISIKO.

Jadi kita akan pergi pada topik pertama kita iaitu kita mesti uruskan risiko kita, iaitu anda mesti jelas berapa lost. 

Saya bagi contoh anda mempunyai USD1000, dan risiko anda ialah yang mahu ambil ialah 10%, dan jika anda kira secara terus anda akan dapat nilai USD100, ialah 10% X USD1000 = USD 100 kan?

Jadi setiap kali anda kena stop loss anda akan hilang USD100.

GUNAKAN RISK REWARD YANG BETUL.

Dalam risk reward ratio paling utama ialah mesti jelas iaitu daripada 1 anda lost, pastikan anda win 2. Jadi ini bermaksud risk reward ratio anda ialah 1: 2. Dan bagi sesetengah pair anda boleh juga gunakan 1:3 atau lebih.

Jadi kalau anda perasan disini jika anda buat statistik win loss ratio pada Setup anda, jika 5 win dan 5 lost sekalipun anda akan tetap profit. 

Dibawah ini ialah contoh Risk Reward yang betul setelah kita tahu di mana entri anda dan juga di mana
stop loss anda.

risk-reward-ratio

Sila KOMEN DAN SHARE SUPAYA SAYA TAHU RAMAI DAPAT MANFAAT.