“Untuk entri & trend anda boleh gunakan single timeframe dan atau multi-timeframe”

Soalan multi-timeframe selalu saya terima daripada trader-trader baru yang berjinak dalam online Forex trading, dan tak kurang juga daripada orang yang sudah lama dalam Forex Trading. 

Single Timeframe

Untuk entri Single Timeframe saya ada kongsikan ia mesti digunakan bersama data statistik yang anda ambil daripada proses backtest sekurang-kurangnya 12 bulan atau 100 kali entri. Dan ini mesti diikuti dengan trading plan yang betul yang mempunyai ciri-ciri atau checklist seperti trend, entry, stop loss & take profit. 

Ini ialah yang amat saya ingin ketengahkan iaitu systematic trading untuk dapatkan kebebasan kewangan dan kebebasan masa disamping menguasai arah keseluruhan pasaran dengan membaca economic indicator. 

Multi-timeframe

Dalam konsep multi-timeframe, perkara utama ialah saya ingin anda diperkenalkan dengan konsep 2TF dan 3TF. Ini bermaksud 2 timeframe dan 3 timeframe.

Apa yang saya maksudkan ialah sentiasa lihat analisa intraday dengan cara lihat timeframe sebelah yang lebih besar.

Sebagai contoh, jika anda sudah ada set up entri pada H1, pastikan anda semak pada H4 supaya ada signal & setup yang sama.

Begitu juga cara saya trading, keutamaan saya entri di H4 dan saya akan semak di Daily apa signal dan setup yang berlaku. Jika tiada saya akan proceed ikut H4 dan lihat kebelakang jika ada support daripada H1.

Ini ialah analisa 2TF. Dan sekarang kita terus ke analisa 3TF.

Dalam analisa 3TF ini dipanggila sebagai MTF Code. MTF Code bermaksud ialah multi-timeframe Code. Apa yang dimaksudkan dengan Code ialah, dalam setiap timeframe yang dianalisis ia mesti mempunyai Signal atau setup atau entri atau salah satu dijujukan yang berlainan.

Jadi tugas utama anda ialah anda mesti jelas dengan teknik anda, apakah dalam teknik anda yang mengatakan itu signal, setup, atau entri. 

Ini penting kerana jika anda menggunakan kombinasi SSE ini anda akan dapat kaitkan dengan MTF Code tadi.

Dalam post akan datang, saya akan kongsikan lebih mendalam dengan contoh kaedah trading menggunakan multi-timeframe. 

“Untuk minggu hadapan minggu 12 April 2016, saya memilih untuk cari setup sell sahaja untuk USDCAD.”

MAPPING PENTING UNTUK WEEKLY ANALYSIS

Sering saya kongsikan dalam kelas basic, kelas Intermediate, dan kelas Advance, serta Coaching saya, penting untuk kita tahu mana kedudukan price sekarang dan apa setup yang telah berlaku pada minggu lepas.

Untuk setiap hari, kita mesti tahu di mana Candle close . Adakah candle close dibawah support atau di atas resistant.

Jadi penting saya katakan ialah kunci kepada dalam analisa teknikal ialah di mana candle close pada hari tersebut.

Oleh kerana kita sedang analisa untuk weekly, maka kita kena tahu di mana candle close untuk weekly dan monthly.

USDCAD Monthly

ucad-monthly

Untuk USDCAD monthly, kedudukan masih lagi dalam sell position, ini bermaksud masih lagi sell. Perhatikan price bermain-main tidak melepasi melebih 5 bulan high dan ini merupakan resistant yang kuat untuk naik.

Lihat juga terdapat candle arah kukuh yang sudah close dibawah kedua pink dan juga mid bollinger band. 

Lihat juga lower band sudah cross pada black line, itu menunjukkan signal awal ada pergerakan besar akan berlaku.

Jadi jelas position paling selamat di UCAD untuk minggu hadapan ialah position sell dan jika anda scalping, intraday, atau swing, cari untuk sell position. 

USDCAD Weekly

ucad-weekly

Di timeframe weekly, anda boleh lihat Candle Arah kukuh menguasai signal sell, dan kita akan tunggu area kedua line purple untuk sell position. Memang cantik weekly dan monthly USCAD kali ini. Kedua-dua ialah downtrend & sell position. 

USDCAD Daily

ucad-daily

Untuk daily , jelas juga position sell menguasai dengan set up candle arah kukuh dan sekarang retest untuk sell. 

Perhatikan juga sudah berlaku extreme buy sebelum ini, dan jangkaan kita boleh buat untuk ini ialah price akan naik untuk membentuk extreme sell  – purple line akan cross keluar dari upper band. 

USDCAD H4

ucad-h4

Untuk USCCAD H4 juga jelas kita mahu tunggu signal dan setup sell. Jadi position terbaik ialah tunggu di zon hijau dan biru yang telah saya gariskan dari awal tadi di zon monthly & weekly. 

USDCAD H1

ucad-h1

Biasanya saya jarang sentuh H1 dalam weekly analysis, kali ini saya sentuh sikit supaya anda dapat lihat bagaimana untuk masuk position dengan lebih baik dan tepat.

Perhatikan sudah berlaku double extreme sell pada h1, dan ini signal yang baik untuk memberi maklumat kepada kita kejatuhan sedang menunggu untuk USDCAD. wow, syiokk..

USDCAD Mapping

usdcad-mapping

P.S: MOHON LIKE/SHARE/COMMENT POST INI SUPAYA SAYA TAHU RAMAI NAK  BELAJAR DAN PROFIT DENGAN FOREX ONLINE TRADING