“Untuk entri & trend anda boleh gunakan single timeframe dan atau multi-timeframe”

Soalan multi-timeframe selalu saya terima daripada trader-trader baru yang berjinak dalam online Forex trading, dan tak kurang juga daripada orang yang sudah lama dalam Forex Trading. 

Single Timeframe

Untuk entri Single Timeframe saya ada kongsikan ia mesti digunakan bersama data statistik yang anda ambil daripada proses backtest sekurang-kurangnya 12 bulan atau 100 kali entri. Dan ini mesti diikuti dengan trading plan yang betul yang mempunyai ciri-ciri atau checklist seperti trend, entry, stop loss & take profit. 

Ini ialah yang amat saya ingin ketengahkan iaitu systematic trading untuk dapatkan kebebasan kewangan dan kebebasan masa disamping menguasai arah keseluruhan pasaran dengan membaca economic indicator. 

Multi-timeframe

Dalam konsep multi-timeframe, perkara utama ialah saya ingin anda diperkenalkan dengan konsep 2TF dan 3TF. Ini bermaksud 2 timeframe dan 3 timeframe.

Apa yang saya maksudkan ialah sentiasa lihat analisa intraday dengan cara lihat timeframe sebelah yang lebih besar.

Sebagai contoh, jika anda sudah ada set up entri pada H1, pastikan anda semak pada H4 supaya ada signal & setup yang sama.

Begitu juga cara saya trading, keutamaan saya entri di H4 dan saya akan semak di Daily apa signal dan setup yang berlaku. Jika tiada saya akan proceed ikut H4 dan lihat kebelakang jika ada support daripada H1.

Ini ialah analisa 2TF. Dan sekarang kita terus ke analisa 3TF.

Dalam analisa 3TF ini dipanggila sebagai MTF Code. MTF Code bermaksud ialah multi-timeframe Code. Apa yang dimaksudkan dengan Code ialah, dalam setiap timeframe yang dianalisis ia mesti mempunyai Signal atau setup atau entri atau salah satu dijujukan yang berlainan.

Jadi tugas utama anda ialah anda mesti jelas dengan teknik anda, apakah dalam teknik anda yang mengatakan itu signal, setup, atau entri. 

Ini penting kerana jika anda menggunakan kombinasi SSE ini anda akan dapat kaitkan dengan MTF Code tadi.

Dalam post akan datang, saya akan kongsikan lebih mendalam dengan contoh kaedah trading menggunakan multi-timeframe. 

“Untuk minggu hadapan minggu 12 April 2016, saya memilih untuk cari setup sell sahaja untuk USDCAD.”

MAPPING PENTING UNTUK WEEKLY ANALYSIS

Sering saya kongsikan dalam kelas basic, kelas Intermediate, dan kelas Advance, serta Coaching saya, penting untuk kita tahu mana kedudukan price sekarang dan apa setup yang telah berlaku pada minggu lepas.

Untuk setiap hari, kita mesti tahu di mana Candle close . Adakah candle close dibawah support atau di atas resistant.

Jadi penting saya katakan ialah kunci kepada dalam analisa teknikal ialah di mana candle close pada hari tersebut.

Oleh kerana kita sedang analisa untuk weekly, maka kita kena tahu di mana candle close untuk weekly dan monthly.

USDCAD Monthly

ucad-monthly

Untuk USDCAD monthly, kedudukan masih lagi dalam sell position, ini bermaksud masih lagi sell. Perhatikan price bermain-main tidak melepasi melebih 5 bulan high dan ini merupakan resistant yang kuat untuk naik.

Lihat juga terdapat candle arah kukuh yang sudah close dibawah kedua pink dan juga mid bollinger band. 

Lihat juga lower band sudah cross pada black line, itu menunjukkan signal awal ada pergerakan besar akan berlaku.

Jadi jelas position paling selamat di UCAD untuk minggu hadapan ialah position sell dan jika anda scalping, intraday, atau swing, cari untuk sell position. 

USDCAD Weekly

ucad-weekly

Di timeframe weekly, anda boleh lihat Candle Arah kukuh menguasai signal sell, dan kita akan tunggu area kedua line purple untuk sell position. Memang cantik weekly dan monthly USCAD kali ini. Kedua-dua ialah downtrend & sell position. 

USDCAD Daily

ucad-daily

Untuk daily , jelas juga position sell menguasai dengan set up candle arah kukuh dan sekarang retest untuk sell. 

Perhatikan juga sudah berlaku extreme buy sebelum ini, dan jangkaan kita boleh buat untuk ini ialah price akan naik untuk membentuk extreme sell  – purple line akan cross keluar dari upper band. 

USDCAD H4

ucad-h4

Untuk USCCAD H4 juga jelas kita mahu tunggu signal dan setup sell. Jadi position terbaik ialah tunggu di zon hijau dan biru yang telah saya gariskan dari awal tadi di zon monthly & weekly. 

USDCAD H1

ucad-h1

Biasanya saya jarang sentuh H1 dalam weekly analysis, kali ini saya sentuh sikit supaya anda dapat lihat bagaimana untuk masuk position dengan lebih baik dan tepat.

Perhatikan sudah berlaku double extreme sell pada h1, dan ini signal yang baik untuk memberi maklumat kepada kita kejatuhan sedang menunggu untuk USDCAD. wow, syiokk..

USDCAD Mapping

usdcad-mapping

P.S: MOHON LIKE/SHARE/COMMENT POST INI SUPAYA SAYA TAHU RAMAI NAK  BELAJAR DAN PROFIT DENGAN FOREX ONLINE TRADING

Saya ada banyak soalan yang sering saya terima selain konsep Multi-timeframe ramai lagi yang masalah dengan penggunaan MM (Money Management) yang betul.

Banyak sahaja teori atau susur galur MM diluar sana, dan pelbagai cara dan strategi penggunaannya. Apa yang saya nak kongsikan kali ini ialah cara penggunaan MM yang baik mengikut strategi saya.

Apabila kita sebut Money Management, ia sebenarnya berkait dengan  TRADING PLAN  anda sendiri. Dan Trading Plan yang baik ialah mempunyai beberapa ciri berikut.

  1. Tahu TREND ke mana.
  2. Jelas Entri di mana
  3. Tahu letakkan Stop loss dimana.
  4. Jelas Take Profit mana.

Pertama ialah kena jelas ialah berapa sebenarnya kita sanggup rugi, ini bermaksud ialah berapa sekali kena Stop Loss berapa anda sangguh hilang.

Dalam trading mindset yang paling penting ialah kita kena accept loss. Ini kerana trading Forex ialah probability.

Jadi apabila kita faham ini, anda tidak akan balas dendam pada market jika lost, ini kerana anda tahu anda sudah ada statistik yang menyatakan win anda lebih tinggi daripada lost  mengikut perkiraan risk reward ratio  dan win lost ratio anda.

PENGURUSAN RISIKO.

Jadi kita akan pergi pada topik pertama kita iaitu kita mesti uruskan risiko kita, iaitu anda mesti jelas berapa lost. 

Saya bagi contoh anda mempunyai USD1000, dan risiko anda ialah yang mahu ambil ialah 10%, dan jika anda kira secara terus anda akan dapat nilai USD100, ialah 10% X USD1000 = USD 100 kan?

Jadi setiap kali anda kena stop loss anda akan hilang USD100.

GUNAKAN RISK REWARD YANG BETUL.

Dalam risk reward ratio paling utama ialah mesti jelas iaitu daripada 1 anda lost, pastikan anda win 2. Jadi ini bermaksud risk reward ratio anda ialah 1: 2. Dan bagi sesetengah pair anda boleh juga gunakan 1:3 atau lebih.

Jadi kalau anda perasan disini jika anda buat statistik win loss ratio pada Setup anda, jika 5 win dan 5 lost sekalipun anda akan tetap profit. 

Dibawah ini ialah contoh Risk Reward yang betul setelah kita tahu di mana entri anda dan juga di mana
stop loss anda.

risk-reward-ratio

Sila KOMEN DAN SHARE SUPAYA SAYA TAHU RAMAI DAPAT MANFAAT.

 

Nampaknya analisa dan entri H4 GBPUSD telah berjalan dengan baik. Syarat yang baik  untuk entri ialah tunggu Signal, Setup, dan Entri.

Entri pula dilakukan pada line purple pertama dan purple kedua untuk sell dan line pink pertama dan pink kedua untuk buy atau zon antara keduanya.

Untuk kali ini saya sengaja berikan analisa sahaja dulu dan entri, akan datang anda akan belajar bagaimana untuk ambil entri dengan RISK & MONEY MANAGEMENT yang betul

Hari ini saya akan tunggu beberapa setup yang baik, dan kunci utama tunggu setup ialah.

1. Tunggu di timeframe h4, daily, weekly, dan monthly.
2. Tunggu Signal, Setup siap baru entri. Dan entri dilakukan dengan retest candle (tidak perlu close) hanya perlu touch untuk entri.

Hari ini ada beberapa pair yang baik untuk trade, kali ini saya nak fokus pada GBPUSD.

Contoh Entri 1

Dalam chart, saya perhatikan terdapat satu candle bearish, ini bermaksud candlestick tersebut close dibawah kedua-dua pink dan dibawah middle band, dan kawasan entri saya akan tunggu di purple pertama, purple kedua dan zone keduanya.

Jadi ini boleh digunakan strategi untuk sell sahaja terus di timeframe tersebut, kerana mengikut backtest yang saya buat H4 untuk GBPUSD untuk setup ini accuracy ialah 62% .

Dalam post akan datang saya akan bincangkan juga mengenai penggunaan money management dan risk management. Ini amat penting untuk sukses dalam Forex jangkamasa panjang.

Contoh Entri 2

gbpusd-h1

Dalam entri jenis kedua, anda boleh entri di h1 dan tunggu siap signal Extreme Sell dulu. Ini anda boleh tunggu apabila salah satu line purple keluar daripada Upper Band.

Ini cantik kerana anda gabungkan multi-timeframe, jadi anda akan tahu sekarang kebarangkalian GBPUSD dalam timeframe H1 akan naik dahulu untuk siapkan signal Extreme.

Semoga bermanfaat,

P.S: SILA SHARE/KOMEN/LIKE SUPAYA SAYA TAHU RAMAI NAK BELAJAR.