Ini antara perkara yang agak menarik, sebab kalau saya sendiri saya tahu ini ialah ruang h1 h4 (LTT) sedang ambil alih untuk uptrend dan pada masa sama setup EC pada daily muncul untuk Gold.

Saya pilih untuk short position untuk malam ini berdasarkan beberapa ciri jelas yang saya lihat dan salah satunya ialah pada h4 trendline dan chart pattern untuk bearish.

Apa pun Trade At Your Own Risk.

Forex Trading merupakan salah satu peluang untuk anda buat duit dalam jangkamasa pendek dan panjang. Forex Trading cara mudah nak faham ialah sebenarnya ialah anda beli masa harga murah dan jual masa harga tinggi.

Itu maksud jenis straight forward. Sebagai contoh jika anda dulu tukar USD10,000 daripada MYR , anda kena belanjakan MYR33,000 pada tahun 2013. Dan sekarang pada tahun 2017 anda kena belanjakan MYR45,000 untuk dapatkan USD10,000.

Cara Matematik mudah ialah,

Anda sudah memperoleh keuntungan sebanyak (MYR45,000 – MYR33,000) = MY12,000 jika anda berbuat begitu pada tahun 2013.

Dan ini dilaksanakan dengan pengurup wang berlesen, kedai kedai mamak, atau di airport dengan bank. Harga pertukaran duit ini berdasarkan kekuatan ekonomi sesebuah negara.

KEKUATAN MATAWANG

Kekuatan matawang sesebuah negara bergantung kepada 2 faktor utama ialah GDP dan juga Kadar Inflasi. Dalam analisa secara fundamental, ini yang sentiasa dititik beratkan kerana hakikanya pasaran Forex atau matawang asing ini digerakkan oleh ekonomi sesebuah negara lain.

Ambil sebagai contoh tadi, kekuatan Negara US dan kelemahan pada ekonomi Malaysia memberikan satu signifikasi perbezaan ketara dari segi pertukaran matawang.

Jadi bagi anda yang faham perkara ini anda akan tahu anda boleh ambil kesempatan atau ‘take advantage’ berdasarkan situsi ini masa ke masa.

PASARAN FOREX 

Pasaran Forex merupakan pasaran paling besar berbanding pasaran yang lain.

Dan pasaran Forex ini sebahagian besarnya ialah didagangkan secara besar melalui pelancongan dan juga import export dalam dan luar negara, selain perdagangan bank , hedge fund dan lain-lain.

Kita sebagai orang biasa boleh ambil peluang dari sini dengan menjadi RETAIL TRADER sebagai permulaan.

Dalam artikel blog seterusya,

– Bagaimana Online Forex Trading didagangkan secara online..

 

*sumber imej daripada http://dailyfx.com