Sebelum kita teruskan kepada peringkat yang lebih mendalam, perkara paling utama ialah memahami konsep candlestick dan juga kaitan dengan Bollinger Band.

Konsep pada Bollinger Band dan mana mana line dalam chart lebih kurang sama, ia boleh diaplikasi dengan Bollinger Band itu sendiri, Moving Average, Trendline, Fibonacci dan lain – lain.

Terdapat 3 jenis sifat dan fungsi Candlestick digunakan.

  1. Candlestick Break / BreakOut / Close melepasi = Ini merupakan jenis Candlestick yang memberikan signal untuk bawa trend. Jika anda jumpa Candlestick Break atas Resistant itu bermaksud Signal Uptrend. (saya akan terangkan lebih mendalam dalam post seterusnya). Dan sekiranya Candlestick Break bawah Support, itu bermaksud Signal Downtrend.
  2. Candlestick Reverse = Candlestick Reverse merupakan Candlestick yang membentuk arah berlawanan, sebagai contoh ada beberapa baris candlestick Bullish / Uptrend kemudian muncul satu Candlestick Bear maka itu dikatakan Candlestick Reverse, fungsi Candlestick Reverse ialah mematikan arah pergerakan Trend sebelum.
  3. Candlestick Retest = Ini berfungsi sebagai entri, always entri pada Candlestick Retest, entri bermaksud anda masuk post dengan lot tertentu.

Ini asas yang penting sebelum saya bawa anda untuk seterusnya.