Dalam post kali ini saya nak kongsikan kepada kefahaman tambahan untuk Candlestick Trend. Selalu saya sebutkan dalam teknik BBMA Mastery di live trading Youtube & Live Training di FB konsep Candlestick Trend.

Candlestick Trend berlaku apabila CS close melepasi middle bb dan juga kedua MA sama ada high dan low. Jika anda tidak jelas pasal hal ini boleh rujuk ke http://roadtoftt.com/bbmastery .

Candlestick Trend Start

Candlestick Trend Start berlaku apabila sudah berlaku TRZ pada BB dan MA , dimana MA keluar daripada BB dan kemudian CS sudah close melepasi kedua MA dan juga Mid BB,

Apa yang saya nak anda jelas ialah, ini akan berlaku kekuatan lebih jika CS close tersebut melepasi juga SnR terdekat. Rujuk pada gambarajah dibawah. 

Perhatikan apabila berlaku begini, price mempunyai lebih kekuatan untuk turun ke bawah downtrend . Dan candlestick ini yang saya namakan sebagai CTS ( Candlestick Trend Start).

Secara definisi Trend Start ialah dimana Trend baru bermula. Ini bermaksud selepas berlaku Trend mula berakhir yang dipanggil TRZ ( Trend Reversal Zone ).

Apa yang saya cuba sampaikan pada anda ialah apabila lihat keadaan ini pada h1,h4,D1 anda tahu dimana kekuatan trend akan bermula dan menuju.

All the best.