Spread Widen.

Saya mendapat banyak laporan dan aduan dari banyak trader berkenaan akaun mereka yang MC pada minggu lepas kesan kejatuhan matawang GBP. Ada yang spread widen mencecah 500 ke 1200pip sedangkan setahu saya market tidak berlaku sebarang spike.

Setakat nie ada 5 broker yang bermasalah ekoran spread widen.

roadtoftt

Spread widen ini apa?

Spread widen ini bermaksud spread mengembang ketika big news yang boleh mencecah beratus pips.

Persoalan disini, hanya sebahagian besar saja broker berlaku spread widen yang besar sebaliknya masih ada broker yang widen hanya sekitar 20pip ke 30pip sahaja. Kenapa ini terjadi?

Kita mintak MIB yang berpemgalaman berbincang soal ini.

Saya dapat 5 report dari broker berlainan di mana mereka MC bukan disebabkan lawan trend sebaliknya mereka MC pada trend yang betul tetapi mereka stop out(SO) kerana market widen.

Setakat nie semua trader tengah berbincang dengan MIB masing dan perkara ini masih di peringkat perbincangan. Jikalau semua trader ini tidak mendapat pembelaan yang baik dari MIB mereka saya menjangkakan mereka akan Viralkan kes mereka di FB dalam masa terdekat.

Jadi kita tengok MIB mana yang berjaya menbela nasib trader kerana kerugian melibatkan 3kusd ke 50kusd.

Saya mulakan Forex dengan broker PFGFX daripada Rusia pada tahun 2007. Dan tak sampai tahun kedua broker tersebut tutup. Kemudian saya beralih kepada broker yang berdaftar dengan NFA (National Future Association), Amerika Syarikat iaitu InterbankFx dan FXCM. Kemudian juga daftar OANDA kerana untuk cari broker yang sesuai dan boleh long term.

Dan apa saya perasan yang tak long term pula ialah akaun saya selalu sahaja surut cepat masa zaman-zaman selalu stop out atau orang sering panggil margin call masa tersebut.

Pada masa sama juga ada banyak broker yang muncul di Malaysia khususnya, seperti liteforex, instaforex, ikofx, dan banyak lagi. Dan tak kurang juga broker tempatan yang stabil seperti mocaz.

Apa pun paling penting ialah anda tahu bagaimana untuk memilih broker.

#1 Pastikan Broker Tersebut Boleh Bayar

Ini agak straight forward apa yang saya nak kongsikan, iaitu cari broker yang boleh bayar. Ada banyak kes diluar sana iaitu broker itu tak kena broker ini tak kena, yang penting ialah anda cari broker yang tidak ada masalah dengan pembayaran withdrawal atau deposit. 

Jadi tanya kawan-kawan yang boleh anda percayai sudah menggunakan khidmat tersebut atau tidak, dan pada masa sama juga tanya kawan-kawan IB (introducer Broker) yang boleh bantu anda.

Salah satu yang saya uruskan sendiri untuk anda ialah http://fxpremaxasia.com gunakan.

#2 Spread yang ada pilihan

Ada jenis akaun yang beri pilihan pelbagai dari segi spread tetapi ini bukan masalah utama jika anda jelas mana halatuju trend dan juga mana set up anda nak ambil. Akaun ECN terbaik untuk low spread dan hanya ambil komisyen sahaja.

#3 Diversify broker

Ini antara yang paling baik iaitu diversify broker sebanyak yang boleh. Cari broker yang sudah lama establish  dan elakkan broker yang baru sahaja muncul di pasaran. Ini kerana semua broker mungkin ada masalah sendiri, mungkin dari segi pengurusan atau teknikal.

Jika anda cukup besar, anda boleh buka private broker anda sendiri, untuk pengurusan akaun terus dengan liquidity provider. 

Forex Trading Online perkara sudah lama sejak awal tahun 2000 lagi di seluruh dunia. Di Malaysia mula popular pada tahun 2006 dan awal 2007 khususnya selepas jatuhnya skim cepat kaya (High Yield Investment Program) di Malaysia.

Forex ini boleh dipelajari dan boleh dikuasai dengan syarat cukup ilmu dan pengalaman dalam urusan trading.

Cara untuk mulakaan forex ialah dengan cara.

  1. Dapatkan ilmu daripada orang yang telah dapat manfaat daripada Forex. Mereka mungkin orang yang trading Forex secara part-time atau fulltime. Anda boleh ikuti blog yang saya sentiasa tulis minggu ke minggu dan kadang setiap hari bergantung pada pasaran, atau laburkan pada mana-mana produk keluaran saya.
  2. Sentiasa berlatih dan praktis dengan risiko yang paling rendah sebelum masuk ke arena sebenar.

Buka Akaun Di Brokerage

Banyak broker di luar negara dan banyak juga broker di dalam negara, dan antara yang boleh dipercayai banyak sekali. Sekarang saya tidak perbincangkan secara mendalam, apakah jenis broker Market Maker atau tidak.

Apa yang jelas ialah jika anda mahu mulakan, boleh mulakan dengan broker yang saya gunakan iaitu Fx Premax Malaysia. 

Anda boleh daftar di http://fxpremaxmalaysia.com dan terus hubungi tim saya di +6010-2370011 (saif), +6010-2370055 (miera), atau +6010-3000805 untuk sebarang bantuan buka akaun, deposit dan withdrawal.