Sebenarnya dah lama buat secara video berbanding dengan blog post seperti ini. Tapi masa sama juga saya rasa penting untuk didokumenkan. Jadi saya akan update setiap hari dalam blog Road To FTT ini untuk membantu Trader lebih yakin dan profitable dengan analisa sendiri.

Setiap awal minggu saya akan pilih beberapa pair pilihan, pair pilihan ini saya fokuskan kepada pair pair yang high probability mengikut pendapata saya daripada teknikal bbmastery khususnya, selain daripada fibo trend dan stoch gila.

Saya lebih suka berkongsi dalam teknikal bbmastery buat masa ini memandang ramai yang mudah faham dan cepat dapat hasil.

Perhatikan kalau lihat di Monthly, lower BB terbuka ke bawah, dan dapat dilihat Open Price Candlestick meninggalkan MA terdekat, ini memberikan kekuatan untuk terus terjun ke bawah. Cuma perlu anda ingat ini ialah Montly, sudah tentu ia ambil masa sebulan untuk ada impak.

Setiap kali awal bulan awat penting lihat candlestick close dan candlestick open dimana.

Ini bertujuan untuk lihat dominan set up berdasarkan candlestick close dan melihat ukuran kekuatan trend berdasarkan candlestick open. Ini saya akan ceritakan kemudian. Penting untuk anda terus ikut saya masa ke masa kerana market live ini perlukan bimbingan secara real market masa ke masa.

Perhatikan juga Weekly dimana ketiga tiga garis muka bollinger band ke bawah. Ini sekaligus memberikan kekuatan tambahan untuk NZDUSD terus bearish minggu ini. Kenapa trader mesti melihat pada Monthly dan Weekly?

Ini kerana penting bagi trader kena tahu perjalanan keseluruhan timeframe besar untuk dapat gambaran yang saya panggil mapping. Mapping ini penting pada trader, kerana trader mesti mempunyai kebolehan untuk anticipate rather than react dengan market.

Hal yang sama juga berlaku pada Daily. Ini akan memberikan gambaran Set Up dan kekuatan trend pada Daily. Sebagai trader ini amat penting untuk lihat candlestick close dan open di mana setiap hari. Apa yang saya maksudkan di mana ialah, lihat ia berada di atas atau dibawah support dan resistant.

Apa yang anda lihat di bawah ialah sebenarnya set up EC berlaku. Signal Candlestick Trend (CT) sudah berlaku, dan sekarang di Zon Sell. Ditambah kekuatan CPZ 3. (Candlestick Power Zone 3) berlaku.

Jadi sebab itu saya masuk sell dan hold. Kalau anda tertanya kenapa entri tersebut dari bawah, ini disebabkan saya entri daripada timeframe lebih kecil lagi.

Perhatikan pada H1 , berlaku sideway, setiap sideway akan memberikan entri pada timeframe 1 dihadapan (h4) . Dan berlaku CPZ 3. Jadi ini decision saya untuk positif sell.

Buat masa ini saya akan banyak kongsikan bagaimana untuk melihat Trend dan mencari zon entri terlebih dahulu. Akan datang masa ke masa saya akan fokuskan mana nak exit sama ada stop loss atau take profit.

 

 

Setiap hari saya akan buat live di channel youtube saya, dan terima kasih pada follower CG FTT, sudah sampai 7000 lebih di youtube.

Jadi saya cadang untuk belanja setup BBmastery yang lebih advance.

Perhatikan dalam Basic BBmastery kita tekankan banyak pada setup middle Band (SMA 20) dan 5/10 . Ini sebenarnya salah satu basic 2 asas dalam BBmastery yang melibatkan semata setup Moving Average SMA 20, EMA50, EM100, EMA200 dan EMA500.

Salah satu yang dikategorikan sebagai advance ialah apabila anda melibatkan kaitan dengan EMA 50 (BL).

Fungsi BL sebenarnya banyak dalam BBmastery Pro khususnya,

Pertama sekali ialah seperti saya perkenalkan sifat BL itu sendiri ialah sifat magnet, iaitu akan menarik semua price ke BL semua sebelum meneruskan perjalanan trend atau bertukar trend.

Jadi itu basic BL pertama.

Dan apabila dilibatkan dengan kekuatan untuk memberi pergerakan entri ialah apabila BL keluar melepasi Upper dan Lower Bollinger Band.

Ini sebenarnya memberi signal entri pada satu timeframe besar dan BL pada timeframe semasa menjadi rujukan entri pertama.

Lihat contoh dibawah:

Situasi A ialah apabila BL sudah melepasi keluar Lower Band pada H1, dan biasanya pada H4 akan berada di Zon Entri EC.

Jadi keputusan boleh diambil dengan buat pending order di BL h1 (biasanya range EC pada H4) serta di middle band h4 dan BL h4.

Ini ialah ruang ruang yang baik untuk anda buat pending order kerana lebih selamat dan akurasi lebih tinggi.

Semoga manfaat.