Hari ini saya akan kongsikan bagaimana asa BB & MA boleh berlaku. Secara jelasnya ialah BB dan MA ialah terdiri daripada 2 indicator yang berbeza.

Yang pertama ialah Bollinger Band, dan yang kedua ialah Moving Average.

Bollinger band terdiri daripada 3 line yang berbeza, iaitu. Upper Band, Middle Band, dan juga Lower Band.

Moving Average yang digunakan pula ialah LW MA 5 + MA 10 Hi dan LW MA 5 + MA 10 Low.

Asas BB & MA

Asas kepada sistem ini ialah anda mesti tahu dimana dan bila candle close berlaku. Ini kerana kedudukan candle close ini akan memberikan kita apa akan berlaku seterusnya. 

Candle close bermaksud apabila candle tersebut open dan close di atas untuk bull candle dan jika candle close dibawah dan open di atas akan menjadikan ia sebagai bear candle. 

Jadi apabila kita analisa kita mesti tahu di mana candle close. Jadi ini memudahkan kita untuk kita analisa secara pantas dan berkesan.

Bollinger Band

Untuk Bollinger Band, jika candle close  di atas upper band, itu menunjukkan candle tersebut mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjalanan, maksud lain juga ialah ia masih dan mengumpul momentum untuk terus naik atau uptrend. 

Jika candle close di bawah lower band, itu menunjukkan candle tersebut mempunyai kekuatan untukk meneruskan perjalanan ke bawah, atau downtrend. 

Dalam kes ini kita akan memanggil nama khas untuk candle tersebut, iaitu sebagai candle momentum  (CSM) . 

csm-momentum-up
Candlestick close luar upper band, ini dipanggil Candlestick Momentum Uptrend. Market mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjalanan ke atas.
csm-dt
Candlestick close di bawah lower band, ini menunjukkan market mempunyai kekuatan untuk turun ke bawah lagi (downtrend).

2. Apabila candlestick dengan middle band pula, ini bermaksud ia merupakan tempat untuk kita ketahui awal trend mula mengukuh, ini ialah tempat dimana kita boleh tahu trend mula kuat dan kukuh ke mana.

middle-band-trend
Perhatikan apabila price close dibawah middle band, destinasi seterusnya ke lower band, dan price close di atas middle band, destinasi seterusnya ialah upper band

3. Jadi pertama sekali anda mesti lekatkan pada kepala anda ialah apabila candle close diluar upper band atau lower band itu ialah candlestick monemtum untuk meneruskan perjalanan.

Moving Average

Untuk moving average, anda hanya perlu tahu 2 perkara sebagai permulaan. Pertama ialah anda perlu tahu mana-mana moving average yang cross keluar daripada upper band atau lower band ini merupakan kes yang tidak normal, dan ia perlu kembali kepada normal.

2. Jadi setiap kali MA keluar daripada upper atau lower band , ini akan menjadikan ia sebagai signal trend mula berakhir.

extreme-buy
Perhatikan line pink keluar daripada lower band, ini memberikan signal trend mula berakhir, Ini dipanggil extreme buy

3. Dalam kes ini ia dipanggil Extreme. Ia boleh jadi extreme sell jika MA keluar daripada upper band dan extreme buy jika keluar daripada lower band. 

extreme-sell
Extreme Sell berlaku apabila Line Purple keluar daripada Upper Band. Jadi boleh standy untuk sell position selepas signal ini keluar.

Kesimpulan

Asas kepada sistem BBMA ialah.

  1. Candlestick tidak boleh close di luar bollinger band.
  2. Moving average tidak boleh cross luar bollinger band. 

Sekiranya ini berlaku,

  1. Ini akan menjadi candle momentum , bermaksud masih mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjalanan sekiranya candlestick close di luar bollinger band. 
  2. Sekiranya moving average cross keluar bollinger band, ini akan menjadi signal extreme, signal awal trend mula berakhir.

 

P.S: SILA SHARE/KOMEN LIKE SUPAYA SAYA TAHU RAMAI DAPAT MANFAAT DARIPADA POST SAYA.