Sebelum saya cerita banyak – banyak, saya nak kongsikan dulu apa dimaksudkan dengan Trend Reversal Zone.

Trend Reversal Zone (TRZ) – saya yang panggil macam ini , mungkin orang lain panggilannya. Ini ialah bila anda kenalpasti trend sudah mula nak berubah, tapi belum berubah sepenuhnya. Ini kata kunci utama iaitu pastikan anda tahu apabila sampai Zon TRZ , ia bukan terus turun atau terus naik.

Anda kena faham ia perlu membentuk chart pattern dan juga candlestick buyer dan seller yang cukup sebelum turun atau naik semula.

CONTOH TRZ

Banyak sebenarnya contoh TRZ.

 

  1. Anda boleh gunakan dengan Fibonacci, Zon cukup haul atau sampai ialah area 161.8, atau sepenuhnya pada zon 261.8 dan 423.6 .
  2. Boleh gunakan mana-mana oscillator , RSI, STOCH, MACD – dengan cara melihat zon 90/10 atau mencari divergence.
  3. Boleh gunakan konsep MA keluar daripada Bollinger Band (Upper atau Lower).
  4. Gunakan Support & Resistant yang berada pada timeframe besar seperti Daily, Weekly, dan Monthly.

Dan banyak lagi sebenarnya.. Saya bagi sample yang saya biasa gunakan sahaja.

Zon – zon ini tempat anda standby, tapi risiko mesti jaga, kerana biasanya akan berlaku tambahan 100-200pips terakhir sebelum pecut kepada trend sebaliknya.

Sebab itu jangan perjudikan banyak sangat margin anda disini. Ia boleh BLOW kan akaun dengan cepat, anda akan MC dulu kemudian price pecut dengan laju.

Biasanya akan ada sideway, dan membentuk 2-3 puncak atau bottom sebelum turun.

Perkara ini nampak mudah, tapi sebenarnya agak susah bagi trader baru yang belum jelas sepenuhnya apa yang sedang berlaku dalam pasaran.

kongsikan pada saya apa signal atau setup untuk Trend Reversal Anda?

Komen dibawah, saya akan reply segera ya! 🙂

2 comments

  • Azili
    Azili
    Reply

    Guna bb n ma10/ma5 (bersilang)

    • Gero Azrul
      Gero Azrul
      Reply

      iya salah satu strategi yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.