“Untuk entri & trend anda boleh gunakan single timeframe dan atau multi-timeframe”

Soalan multi-timeframe selalu saya terima daripada trader-trader baru yang berjinak dalam online Forex trading, dan tak kurang juga daripada orang yang sudah lama dalam Forex Trading. 

Single Timeframe

Untuk entri Single Timeframe saya ada kongsikan ia mesti digunakan bersama data statistik yang anda ambil daripada proses backtest sekurang-kurangnya 12 bulan atau 100 kali entri. Dan ini mesti diikuti dengan trading plan yang betul yang mempunyai ciri-ciri atau checklist seperti trend, entry, stop loss & take profit. 

Ini ialah yang amat saya ingin ketengahkan iaitu systematic trading untuk dapatkan kebebasan kewangan dan kebebasan masa disamping menguasai arah keseluruhan pasaran dengan membaca economic indicator. 

Multi-timeframe

Dalam konsep multi-timeframe, perkara utama ialah saya ingin anda diperkenalkan dengan konsep 2TF dan 3TF. Ini bermaksud 2 timeframe dan 3 timeframe.

Apa yang saya maksudkan ialah sentiasa lihat analisa intraday dengan cara lihat timeframe sebelah yang lebih besar.

Sebagai contoh, jika anda sudah ada set up entri pada H1, pastikan anda semak pada H4 supaya ada signal & setup yang sama.

Begitu juga cara saya trading, keutamaan saya entri di H4 dan saya akan semak di Daily apa signal dan setup yang berlaku. Jika tiada saya akan proceed ikut H4 dan lihat kebelakang jika ada support daripada H1.

Ini ialah analisa 2TF. Dan sekarang kita terus ke analisa 3TF.

Dalam analisa 3TF ini dipanggila sebagai MTF Code. MTF Code bermaksud ialah multi-timeframe Code. Apa yang dimaksudkan dengan Code ialah, dalam setiap timeframe yang dianalisis ia mesti mempunyai Signal atau setup atau entri atau salah satu dijujukan yang berlainan.

Jadi tugas utama anda ialah anda mesti jelas dengan teknik anda, apakah dalam teknik anda yang mengatakan itu signal, setup, atau entri. 

Ini penting kerana jika anda menggunakan kombinasi SSE ini anda akan dapat kaitkan dengan MTF Code tadi.

Dalam post akan datang, saya akan kongsikan lebih mendalam dengan contoh kaedah trading menggunakan multi-timeframe. 

Komen dibawah, saya akan reply segera ya! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.