Topik ini antara topik penting yang patut trader semua bincangkan masa ke masa dan fahamkan. Iaitu topik di mana trend mula berakhir, reverse dan bermula.

Dalam kes trend ini sebenarnya apa yang kita mesti maklum ialah. Setiap timeframe ada trend sendiri. Ini bermaksud di M1 ada trend M1 itu sendiri dan H4 ada trend H4 itu sendiri, dan setiap timeframe ada trend tersendiri.

Ini ialah salah satu cara untuk lihat bagaimana trend, dan sebaiknya ialah lihat pada timeframe H4 ke atas sahaja. Ini kerana H4 ialah pengantara antara timeframe kecil dan timeframe besar. hi-low

Perhatikan jika ada paling high  untuk uptrend dan kemudian tiada high baru selepas itu, ini boleh dikatakan signal awal trend mula berakhir. Dan tunggu untuk ada tidak next high lebih tinggi dari high sebelum.

Tengok nombor yang saya tandakan di sebelah kiri atas, hi 1, kemudian hi 2, dah hi 3, perhatikan semakin lama hi semakin ke bawah, jadi ini bermakna tiada high baru terbentuk.

Dan konsep ini kita boleh applikasikan juga pada low paling rendah. Jika tiada low baru selepas low sebelumnya. ini konsep yang sama mengatakan signal awal trend sudah berakhir dan mula reverse. 

Kajian Kes USDCAD 13 Sept 2016

usdcad-hi-new

Kalau anda lihat pun sekarang, sekarang ada high 2 sedang retest high 1. Dan ini jelas salah satu konsep suppport & resistant yang boleh gunapakai.

Ada yang pernah komen dalam post saya sebelum ini mengatakan dah banyak buku beli dan baca tapi masih tak tahu mana satu support & resistant nak guna. Ini ialah antara yang baik.

Konsep mudah ialah price akan test previous high & previous low. Dan jika tidak dapat tembus beberapa kali itu ialah support atau resistant yang kuat.

Nanti dalam  post akan datang saya akan kongsikan lebih banyak realtime case masa ke masa. Stay tune & stay put!

PS: SILA SHARE/KOMEN LIKE SUPAYA SAYA TAHU RAMAI DAPAT MANFAAT DAN NAK TERUS BELAJAR.

Komen dibawah, saya akan reply segera ya! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.