Perkataan Candle Trend ini saya sengaja sebut-sebutkan sebelum ini dalam grup emel yang subscribe online training saya, di Faceboook, di dalam video saya berikan.

Jadi secara tak langsung ramai tertanya pula apa itu Candle Trend?

Saya mempunyai definisi sendiri mengenai Candle Trend,

“Candle Trend ialah candle yang memberikan signal trend selepas berlaku signal awal perubahan trend” Terdapat beberapa 3 Jenis Candle Trend yang saya definisikan setakat ini.

  1. Candle Trend Type #A
  2. Candle Trend Type #B
  3. Candle Trend Type #C

Candle Trend Type #A

Candle Trend ini based on support n resistant sedia ada dan juga berdasarkan support resistant pada OHLC (Body Candle)

Candle Trend ini mestilah ada filter dahulu, maksudnya mesti ada syarat dahulu, mesti ada perubahan trend dahulu. Apa yang dimaksudkan ialah mesti ada perubahan trend dulu baru boleh wujud Candle Trend.

Candle trend berlaku apabila trend sudah berubah.

Perhatikan dalam jenis Type #A , Signal perubahan Trend mula berlaku ialah pada ada seller mematikan buyer pada High terbaru. Ini ialah signal perubahan trend.

Dan Candle Trend didefinisikan muncul apabila candle seller seterusnya , mungkin ke dua atau lebih close dibawah support pada sebelum ini.

Candle Trend ini membawa kepada 2 jenis candle trend , iaitu selalu saya kongsikan Candle Trend Start dan Candle Trend Confirmation.

Candle Trend Type #B

Candle Trend ini berlaku selepas support n resistant oleh Indicator pada Chart atau pada mana-mana Oscililator.

Contoh 1

Dalam konsep ini, anda boleh gunakan mana mana  Moving Average yang mengandungi MA >=20  dan gabungkan dengan MA <20 .

Anda boleh gunakan sebagai Candle Trend.

Contoh 2 . 

 

Candle Trend NEWS #Type C

Ini juga dikenali sebagai Mother Candle, ini ialah Candle Trend yang menghasilkan support n resistant yang sangat kuat.

Contoh yang berlaku ialah ada announcement QE Monetary,

QE Euro yang pertama bermula pada 22 Januari 2015. Dan jika anda buka Metatrader dan buka Chart,

Perhatikan, price EURUSD tidak melepasi 1.16, sehinggalah MAC 2017.

Komen dibawah, saya akan reply segera ya! 🙂

4 comments

  • asmadi
    asmadi
    Reply

    Terima kasih pada info yg manfaat

    • Gero Azrul
      Gero Azrul
      Reply

      sama sama.

  • Mohd Rosdi Yusoff
    Mohd Rosdi Yusoff
    Reply

    Terima kasih tuan, atas perkongsian ilmu yg amat berguna ini… Semoga succes selalu… Aamiin…

    • Gero Azrul
      Gero Azrul
      Reply

      terima kasih atas doanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.